4 October 2013
gagal bukan penamat kehidupan
kalau dah namanya manusia pasti ada cacat celanya..
mesti ada salah silap masa lampau,itu normal bagi seorang manusia
memang manusia selalu melakukan kesilapan
tapi yang bezanya cara kita memperbaiki kesilapan kita itu...
betul kan dengan cara yang baik atau pun dengan cara yang salah..
atau mungkin langsung tak hiraukan kesilapan kita tu,bia je...
jangan kita jatuh ke dalam lubang yang sama untuk kesekian kalinya..tapi perlu berhati hati masa jalan,kalau jatuh untuk lubang yang kedua..tak kan nak jatuh ke lubang yang ketiga..kalau masih jatuh dalam lubang yang ketiga,berhati-hati dalam lubang yang keempat..paham kan :)
setiap kegagalan mesti ada kesedihan..tapi bukan kegagalan yang menyebabkan kita lemah ataupun jatuh.tapi sebab kegagalan juga kita berjaya bengkit dan atasi semua masalah yang ada..samaada berseorangan atau tak,setiap masalah harus ditempuhi .
walaupun kadang-kadang kita rasa kita gagal sorang-sorang,sedih sorang-sorang,tak de sapa pun nak faham..gagal dalam pelajaran..orang lain hanya taw cakap kita tak pandai..marah-marah.tapi kita mesti percaya yang Allah tengah melihat kita.tak salah mengadu dengan Allah..mungkin Allah rindu doa hambanya :')
berapa ramai mereka yang berjaya dari kalangan orang yang gagal sebelumnya..bukannya awal-awal dah cemerlang tapi sebab tak pernah putus asa..sebabkan percaya dengan kemampuan diri sendiri..percaya dengan kata hati sendiri yang diri boleh buat sesuatu yang orang lain pun boleh dapat.
ingat..
kita adalah sangat unik sebab mana ada kita yang kedua dalam dunia ni,dalam dunia yang besar ni hanya kita sahaja yang boleh jadi diri kita..jadi jangan perlekehkan diri sendiri dan pikir la setiap dari kita sangat lah unik..tiada sesiapa pun boleh jadi diri kita :)
setiap kegagalan mematangkan kita
setiap kejayaan pula memberi kealpaan
jadi..
jadila insan yang tidak takut akan kegagalan
dan tidak pula lupa apabila berjaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
mama setuju dengan kaata-kata mirza, dari kegagalanlah kita belajar bagaimana nak berjaya...
gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. gagal jugaklah pembangkit semangat kita untuk congak masa hadapan. in sya ALLAH. :')
ehe betul2...sy dulu pun gagal juge.spm pun gred 2 je...uhuk uhuk, cinta?gagal byk kali juge...hidup?hidup je xpernah gagal akibat diri sendiri kecuali digagalkan oleh org lain, tp lame mane nk salahkan org lain sbb gagal kan?...so wake up lah... :p
betul syg . dlu sis pon ada msa lampau yang tak best tapi sedikit demi sedikit sis ubah semuanya . . alhamdulillah berkat kesabaran dan semangat orang2 sekeliling sis dah berjaya mendapat kehidupan yang bahagia . . sabar tu penting dan jangan putus asa ! ;) nice entry dear . .
betul tu adik.. gagal itu hanyalah langkah pertama sebelum menempuh kejayaan.. yang penting kita jangan mengulangi kesilapan yang sama dan berusaha untuk menjadi lebih baik.. ingatlah bahawa tiada manusia yang sempurna di dunia ini, hanya usaha dan doa yang berterusan tanpa jemu boleh mengubah nasib kita..
yg penting smgt tu kena tinggi utk berjaya,, insyaAllah pasti menjadi
yeah...kuatkan semangat dan tingkatkan prestasi dik..dan perbaiki setiap kekurangan..
betul dik . setiap kegagalan mematangkn kita . percayalah kgglan msa lalu akn membuat kta bersyukur pda msa dpan krna tnpa kegagalan tiadalah usaha .
betul dik . setiap kegagalan mematangkn kita . percayalah kgglan msa lalu akn membuat kta bersyukur pda msa dpan krna tnpa kegagalan tiadalah usaha .
betul dik . setiap kegagalan mematangkn kita . percayalah kgglan msa lalu akn membuat kta bersyukur pda msa dpan krna tnpa kegagalan tiadalah usaha .
Setiap benda berlaku ada hikmahnya, kan? :)
pengajaran memantangkan kita kan ?
so beat it !
dah jatuh, baru kita tahu camna nak bangun. Tempuh dan redah aje ape di depan, jangan takut gagal sebelum mendepani langkah.
Post a Comment