15 May 2020

2 tahun menghilang dalam dunia blog



Assalamualaikum ❤


Finally nak dekat 2 tahun hilang dari dunia blog since 2018..lamanyaaa lahai
Bukan tak ingat dekat blog,susah payah buat blog ni dulu tak kan senang-senang je nak lupa macam tu je.tapi disebabkan kekangan dan masalah macam bila miza pindah kl rumah tak de internet so susah sikit nak update blog.huhuu

Banyakkkkk benda sebenarnya nak tulis dekat blog ni,
macam-macam benda yang jadi sepanjang 2 tahun hilang dari radar blog ni.hehee.
InsyaAllah miza nak start berblogging balik dan rindu nak singgah blog korang jugak❤

Itu saje untuk kali ni,jumpa lagi untuk next entry okay!❤



23 June 2018

Selamat hari raya LOVE


Assalamualaikum ❤

salam hujung minggu korang dan selamat hari raya maaf zahir dan batin!hehee,baru sempat nak update blog,sebelum ni asyik tertangguh aje.entry kali ni cuma nak mengabdikan kenangan hari raya kedua miza.bila teringat senangla bukak blog jekan.tak dela nak scroll gambar dalam laptop satu-satu.leceh sikit.

jadi pada hari raya kedua hari tu,bakal tunang merangkap bakal suami(hahahaa,silalah muntah) datang rumah dari kl,datang dengan family dia sekali.datang untuk beraya sekali nak jalan-jalan ke kuala kangsar.dorang sampai awal,pukul 10 lebih dah sampai dah.semangat nau..hihiii



gambar masa makan dalam rumah memang tak de ambik,adoi rugi pulak teringat balik..dah la datang jauh-jauh.jadi menu dekat rumah mama iolss masak nasi biryani,ayam masak merah,ayam kari,jelatah dan daging hitam.miza tolong gitu-gitu je.hehee.ibu (mak bakal tunang) pulak bawak jugak bekalan untuk miza,banyak weh.bawak udang galah masak kicap dengan lontong style balut dalam daun tu,miza pun tak pernah tengok,ada sesetengah orang taw la kan.

seronokkan bila orang datang rumah kita dorang makan bertambah-tambah,alhamdulillah,dorang makan tambah-tambah.lepas makan rehat-rehat..lepas tu berjalan lah pulak kite.disebabkan family ibu tak pernah sampai kuala kangsar so kita bawak la dorang jalan sana.lokasi pertama adalah di masjid ubudiah


ibu kata panas,susah nak senyum 😃


ni jelah satu-satunya gambarnya yang senyum,hahaa


bergambar satu family pulek


masa ni pun ramai jugak orang duk tangkap gambar dekat masjid ni.biasala tempat cantik memang ramai yang datang lagi-lagi musim raya ni.so lepas bergambar dekat masjid ubudiah,kitorang pegi lembah makan pasembur dengan cendol.yang ni pun terlupa nak tangkap gambar jugak.tapi masa raya kedua ni memang dah penuh orang makan-makan dekat sini.kedai makan pun semua dah bukak.



lepas tu kitorang pegi victoria bridge,siapa yang datang kuala memang wajib singgah sini.tengok belakang tu punyala ramai orang duk bergambar.kalau nak bergambar tu kena hati-hati sikitla.belubang-lubang.lagi-lagi kalau yang pakai heel tu,lagi kena extra hati-hati.


acah-acah sweet jalan pegang tangan sambil gelak-gelak,hihiii 😁😁


lepas dah bergambar dekat sini,pegi rumah sedara dekat area situ jugak,makan-makan.lepas tu balik rumah solat semua.siap solat,dorang pun balik kl.alhamdulillah selamat sampai kl dalam pukul 8.30 macam tu


itu sahaja coretan untuk raya kedua.selamat hari raya maaf zahir dan batin.minta maaf salah dan silap.minta maaf kalau korang datang blog miza tapi miza tak jengah balik.insya'Allah lepas ni akan lebih merajinkan diri untuk pegi ke blog kawan-kawan ya! ❤


have a nice day!


19 May 2018

Kek batik leleh RAMADHAN SALE!


assalamualaikum dan salam ramadhan al-mubarak

alhamdulillah masih rajin untuk menulis blog dan insya'Allah akan sentiasa rajin untuk menulis blog.hihii.okay entry sebelum ni miza ada bagitaw yang lepas je habis practical miza buat online business.antara salah satunya adalah menjual kek batik di instagram ❤



silalah terliurrrrrr



bersempena dengan bulan ramadhan miza bula SALEEEE untuk kek batik leleh ni.jadi korang yang tengah baca ni kena cepat-cepat grab peluang ni okay.kalau tak nanti kempunan nak makan kek batik leleh lepas bukak posa.

sebab apa korang kena cuba kek batik leleh ni

.alhamdulillah feedback yang miza dapat dari siapa yang dah cuba diorang kata sedap.syukur sangat bila orang suka makan makanan yang kita buat :)

jadi kalau nak cuba silalah whatsapp miza di:

011-39597470

atau

follow ig @cecoklat

dapatkan stok kek batik korang sekarang di bulan puasa ni.
memang tak cukup sebekas!