23 June 2018

Selamat hari raya LOVE


Assalamualaikum

salam hujung minggu korang dan selamat hari raya maaf zahir dan batin!hehee,baru sempat nak update blog,sebelum ni asyik tertangguh aje.entry kali ni cuma nak mengabdikan kenangan hari raya kedua miza.bila teringat senangla bukak blog jekan.tak dela nak scroll gambar dalam laptop satu-satu.leceh sikit.

jadi pada hari raya kedua hari tu,bakal tunang merangkap bakal suami(hahahaa,silalah muntah) datang rumah dari kl,datang dengan family dia sekali.datang untuk beraya sekali nak jalan-jalan ke kuala kangsar.dorang sampai awal,pukul 10 lebih dah sampai dah.semangat nau..hihiii



gambar masa makan dalam rumah memang tak de ambik,adoi rugi pulak teringat balik..dah la datang jauh-jauh.jadi menu dekat rumah mama iolss masak nasi biryani,ayam masak merah,ayam kari,jelatah dan daging hitam.miza tolong gitu-gitu je.hehee.ibu (mak bakal tunang) pulak bawak jugak bekalan untuk miza,banyak weh.bawak udang galah masak kicap dengan lontong style balut dalam daun tu,miza pun tak pernah tengok,ada sesetengah orang taw la kan.

seronokkan bila orang datang rumah kita dorang makan bertambah-tambah,alhamdulillah,dorang makan tambah-tambah.lepas makan rehat-rehat..lepas tu berjalan lah pulak kite.disebabkan family ibu tak pernah sampai kuala kangsar so kita bawak la dorang jalan sana.lokasi pertama adalah di masjid ubudiah


ibu kata panas,susah nak senyum 😃


ni jelah satu-satunya gambarnya yang senyum,hahaa


bergambar satu family pulek


masa ni pun ramai jugak orang duk tangkap gambar dekat masjid ni.biasala tempat cantik memang ramai yang datang lagi-lagi musim raya ni.so lepas bergambar dekat masjid ubudiah,kitorang pegi lembah makan pasembur dengan cendol.yang ni pun terlupa nak tangkap gambar jugak.tapi masa raya kedua ni memang dah penuh orang makan-makan dekat sini.kedai makan pun semua dah bukak.



lepas tu kitorang pegi victoria bridge,siapa yang datang kuala memang wajib singgah sini.tengok belakang tu punyala ramai orang duk bergambar.kalau nak bergambar tu kena hati-hati sikitla.belubang-lubang.lagi-lagi kalau yang pakai heel tu,lagi kena extra hati-hati.


acah-acah sweet jalan pegang tangan sambil gelak-gelak,hihiii 😁😁


lepas dah bergambar dekat sini,pegi rumah sedara dekat area situ jugak,makan-makan.lepas tu balik rumah solat semua.siap solat,dorang pun balik kl.alhamdulillah selamat sampai kl dalam pukul 8.30 macam tu


itu sahaja coretan untuk raya kedua.selamat hari raya maaf zahir dan batin.minta maaf salah dan silap.minta maaf kalau korang datang blog miza tapi miza tak jengah balik.insya'Allah lepas ni akan lebih merajinkan diri untuk pegi ke blog kawan-kawan ya!


have a nice day!


5 comments:

aswaleyla said...

selamat hari raya

Farhana Jafri said...

selamat hari raya mirza!

PeRdU cINta said...

salam lebaran...maaf zahir batin.

Cik Nor said...

amboi adik cik nor ni..dah nak brtunnag..tahniah...selamat hari raya..:)

Permatabiru said...

selamat hari raya done follow here