6 February 2022

Sensory Play : DIY Moon Sand

 

Hai Assalamualaikum

Hari tu memang saje nak buat messy sensory play dengan Adrees.before ni pernah buat, tengok dia macam syok je. kali ni mummy buat lagi.sebelum tu, sensory play ni sangat bagus untuk anak.sensory play ni sebenarnya adalah apa-apa aktiviti yang membantu dan meransang deria anak-anak.okay ni mummy list antara kebaikan sensory play.

Kebaikan sensory play

melatih social skill

meningkatkan keyakinan anak

mengajar anak "self control"

tingkatkan daya kreativiti anak

membina kemahiran fizikal




Moon sand yang mummy buat dekat Adrees ni guna 2 bahan je

5 cawan tepung gandum + 1 cawan minyak

minyak tu terpulang nak pakai apa,macam mummy pakai minyak masak.
kalau Adrees termasuk mulut pun still okay.

Jom tengok Adrees main moon sand!



texture moon sand ni sangat best,kalau ada acuan macam selalu main dekat pantai tu boleh pakai main moon sand ni.boleh buat macam-macam bentuk.masa ni mummy pun join main.mummy pulak yang excited sangat nak main dengan Adrees masa ni hehe




Adrees memang fokus main benda ni, tv depan dia pun dia tak kisah dah so jom kita buat aktiviti moon sand ni dengan anak.mesti anak suka sangat

Have a nice day!




3 February 2022

RESEPI BABY : Cucur sayur kentang tiga bahan 7m+


Hai Assalamualaikum

First post di tahun 2022,insyaAllah tahun ni nak aktif balik blog.doakan mummy ya.sekarang bahasakan diri mummy pulak,tak sama dah macam dulu hehe.dalam blog ni mummy akan banyak share pasal resepi baby sebab mummy suka masak untuk Adrees, bagi Adrees makan hahaa

So untuk first recipe ni mummy nak share resepi cucur sayur kentang.sangattt la senang sebab mummy guna tepung sayur baby ni je. mommies jangan risau tau tepung ni 100% selamat untuk baby.tepung yang dipakai pun adalah tepung unbleched tang memang untuk baby.so no worries mommies!

jom tengok resepinya💕



Bahan-bahan

Tepung cucur sayur

Kentang

Air

Cara-cara

1. Masukkan tiga sudu besar tepung cucur sayur

2. Masukkan separuh ketang (tak perlu rebus dulu tapi kalau mommies nak rebus pun boleh.macam mummy tak rebus pun sebab bila dah goreng kentang jadi lembut)

3.Masukkan air sikit-sikit ikut kepekatan yang kita nak

4.Goreng sehingga keperangan dan boleh angkat

5.Siap untuk dihidang!



Senang sangat kan nak buat.mummy bagi Adrees pun laju dia makan.oh ye tepung baby tu kalau mommies nak boleh dapatkan di @Lovelittletummy . stay tuned untuk next recipe!

Have a nice day

7 September 2020

Happy Anniversary yang pertama!(31 OGOS 2020)

 Assalamualaikum

Hai semua!alhamdulillah syukur pada 31 Ogos 2020 hari tu adalah anniversary miza dan husband yang pertama.setahun yang penuh makna.Anniversary yang pertama ni alhamdulillah Allah kurniakan pada miza dan suami seorang hero yang comel sangattt yang diberi nama Muhammad Adrees Misyal bin Atwafi


Adrees masa umur 4 hari

 

Adrees masa umur sebulan

Adrees masa umur 2 bulan lebih

Alhamdulillah Allah bagi kami rezeki anak awal.miza tahu miza pregnant after sebulan kawin.Masa tu tengah sambut birthday miza,then bagitau suami aeh rasa macam pregnant la.jom pegi beli pregnancy test.hahaa.then after cek,alhamdulillah double line.syukur pada Allah

Adrees penyeri hidup mommy dan daddy.sekarang Adrees dah kuat mengagah dah.Semoga Adrees membesar dengan sihat dan semoga perkahwinan kami sentiasa dalam keberkatan.Amin.


Next entry miza nak share gambar miza buat martenity photoshoot dulu.bye korang