6 February 2022

Sensory Play : DIY Moon Sand

 

Hai Assalamualaikum

Hari tu memang saje nak buat messy sensory play dengan Adrees.before ni pernah buat, tengok dia macam syok je. kali ni mummy buat lagi.sebelum tu, sensory play ni sangat bagus untuk anak.sensory play ni sebenarnya adalah apa-apa aktiviti yang membantu dan meransang deria anak-anak.okay ni mummy list antara kebaikan sensory play.

Kebaikan sensory play

melatih social skill

meningkatkan keyakinan anak

mengajar anak "self control"

tingkatkan daya kreativiti anak

membina kemahiran fizikal




Moon sand yang mummy buat dekat Adrees ni guna 2 bahan je

5 cawan tepung gandum + 1 cawan minyak

minyak tu terpulang nak pakai apa,macam mummy pakai minyak masak.
kalau Adrees termasuk mulut pun still okay.

Jom tengok Adrees main moon sand!



texture moon sand ni sangat best,kalau ada acuan macam selalu main dekat pantai tu boleh pakai main moon sand ni.boleh buat macam-macam bentuk.masa ni mummy pun join main.mummy pulak yang excited sangat nak main dengan Adrees masa ni hehe




Adrees memang fokus main benda ni, tv depan dia pun dia tak kisah dah so jom kita buat aktiviti moon sand ni dengan anak.mesti anak suka sangat

Have a nice day!




No comments: