14 August 2017

menjemput rezeki dengan berzikir


assalamualaikum

Abu Darda' meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat,

mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai amalan yang paling baik dan yang paling suci di sisi Allah dan yang meninggikan darjat kamu dan yang lebih baik daripada menafkahkan emas dan perak (di jalan Allah) dan yang lebih baik daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad,kamu penggal leher mereka dan atau mereka memenggal leher kamu?" Para Sahabat berkata :

"Bahkan,apakah itu ya Rasulullah?" Baginda bersabda : Zikrullah." (Riwayat Imam Ahmad.Tirmizi dan lain-lain)

berzikir?tak susah untuk berzikir,tak perlu mengelurkan peluh bahkan tidak perlu mengeluarkan suara.kalau kita tengah kemas barang pun boleh berzikir,sambil memandu pun boleh berzikir,sambil masak sambil potong bawang pun boleh berzikir dan ganjarannya,masya-Allah!


Abu Sa'dmal-Kudri memberitahu bahawa Rasulullah saw pernah bersabda :

berapa ramai orang di dunia ini yang mengingati Allah di atas tilam yang empuk dan kerana itu Allah mengangkat darjat mereka ke peringkat paling tinggi dalam syurga (Riwayat muslim)

"sabar di atas penderitaan dan kesulitan di dunia merupakan sebab peningkatan darjat di akhirat.sebanyak mana penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh seseorang di dunia ini kerana agama maka setinggi itulah darjat yang berhak dia perolehi di akhirat"

melalui keberkatan zikrullah,seseorang itu masih juga mencapai ketinggian darjat di akhirat walaupun zikrullah itu dikerjakan dalam keadaan yang senang lenang.

kelebihan berzikir :

zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya

zikir menyebabkan Allah redha

zikir menjauhkan dukacita dan kerisauan di hati

zikir menguatkan hati dan badan

zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya

zikir menarik rezeki

apabila kita banyak berzikir,sedikit demi sedikit akan membawa kita kepada Allah .Allah akan menjadi pelindung kepada kita dalam apa jua situasi.sebanyak mana seseorang itu berzikir,sebanyak itulah dia akan hampir kepada Allah.

diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah bin Abbas katanya Rasulullah saw bersabda :

demi zat yang diriku dalam genggaman-Nya,sekiranya dibawa langit dan bumi,sesiapa sahaja yang berada pada kedua-duanya dan apa-apa sahaja yang ada di antara kedua-duanya,dan apa-apa sahaja yang berada di bawah kedua-duanya maka (kesemua itu) diletakkan di sebelah neraca dan penyaksian terhadap 'Lailahaillah' diletakkan di sebelah yang lain maka kalimah ini lebih berat.(Riwayat Imam Tabarani)

lepas ni boleh la kita sentiasa lafazkan 'Lailahaillallah' dan bayangkan kita sudah dapat ganjaran yang luar biasa besarnya :)


sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya.mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi). (Al-An'am 6:160)

buat baik nisbahnya 1:10
buat jahat nisbahnya 1:1

Rasulullah saw bersabda bahawa terdapat dua amalan yang jika seseorang Islam mengambil berat terhadap kedua-dua amalan tersebut nescahaya dia akan memasuki syurga. kedua-dua amalan tersebut adalah sangat ringan tetapi sangat sedikit orang yang beramal dengannya.

Pertama iala membaca 'Subhanallah','Alhamdulillah' dan 'Allahuakbar' sebanyak 10 kali selepas setiap solat fardu,maka jumlah bagi lima waktu solat ialah 150.oleh kerana ganjaran pahala amalan yang digandakan 10 kali ganda maka jumlah pahala yang tercatat dalam buku catata amalan ialah 1500 pahala.amalan yang kedua ialah membaca 'Subhanallah' 33 kali,'Alhamdulillah' 33 kali ,'Allahuakbar' 33 kali sebelum tidur maka jumlahnya menjadi 100 dan ganjaran pahala yang diperoleh ialah 1000

seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw : "wahai Rasulullah,mengapa sangat sedikit orang yang beramal dengan kedua-dua amalan tersebut sedangkan amalan itu sangat mudah?

baginda bersabda: 

                             "ketika waktu hendak tidur,syaitan menidurkan seseorang itu sebelum dia sempat                                  membaca kalimah-kalimah tersebut.setelah mengerjakan solat makan syaitan                                        memperingatkan kepadanya sesuatu yang menyebabkan dia bangun dan pergi                                      sebelum sempat membaca tasbih tersebut."

sangat besar ganjaran yang Allah berikan kepada mereka yang sentiasa amalkan berzikir tetapi sangat sedikit orang yang melakukannya atau terlepas pandang.jadi lepas ni kita boleh ubah cara kita dari sangat susah untuk berzikir kepada menjadi sebahagian dari rutin hidup,Insya'Allah :)




1 comment:

messarah said...

Jemput singgah dan baca :)

https://messarah.blogspot.my/2017/09/im-glad-to-be-part-of-them-sea-games.html